Kedudukan

Daerah Saratok terletak di dalam Bahagian Betong. Daerah Saratok berkongsi sempadan bahagian dengan Bahagian Sarikei di utara dan sempadan daerah di selatan dengan Daerah Pusa. Keadaan tanah di sekitar Daerah Saratok menjadikan ia sesuai untuk aktiviti pertanian dan perladangan. Sementara itu, kawasan pantai pula menjadi pusat kegiatan perikanan dan lain-lain sumber marin.