selamat datang ke laman web kami

Pengenalan

Majlis Daerah Saratok telah memulakan operasinya pada tahun 1984 setelah penukaran nama Majlis Daerah Kalaka kepada Majlis Daerah Saratok. Nama Majlis Daerah Saratok telah dikekalkan sehingga kini.

Majlis Daerah Saratok terletak di bahagian timur laut dari Bandaraya Kuching dan keluasannya 1,686.88 km persegi. Untuk memudahkan kawalan dan pengurusan kawasan Saratok, daerah Saratok telah dibahagikan kepada 2 daerah kecil iaitu, Daerah Kecil Roban dan Daerah Kecil Kabong. Di setiap Daerah Kecil tersebut, pejabat dan perpustakaan awam telah disediakan demi kemudahan penduduk setempat.

Daerah Saratok kaya dengan ladang-ladang dan kebun-kebun kelapa sawit. Kelapa sawit telah membawa sumbangan yang besar kepada pembangunan daerah Saratok serta telah menigkatkan taraf hidup penduduk sekitar daerah Saratok. Jumlah penduduk di daerah ini ialah sebanyak 37,918 orang iaitu Saratok (21,100 orang), Kabong (10,091 orang) dan Roban (6,728 orang) dan penduduk- penduduk di kawasan Saratok dan Roban kebanyakannya terdiri daripada petani, manakala di Daerah Kecil Kabang, kebanyakan penduduk adalah nelayan dan petani.

 

 

pengumuman

1) Mesyuarat Majlis Daerah Saratok

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis akan diubah kepada tarikh baru:-

Jawatankuasa
Tarikh
Masa
Tempat
1.
Kesihatan Awam dan Perlesenan
15.3.2010(Isnin)
8.30 pagi
Tingkat 1, Bangunan Perpustakaan Awam, Saratok
2.
Alam Sekitar dan Pengindahan
16.3.2010 (Selasa)
8.30 pagi
-sama-
3.
Kerja Awam dan Pembangunan  
17.3.2010 (Rabu)   
8.30 pagi
-sama-
4.
Kewangan dan Perjawatan
18.3.2010 (Khamis)
8.30 pagi
-sama-
5.
Mesyuarat Pemantauan Pelaksanaan Pelan Strategik
18.3.2010 (Khamis)
2.30 petang
-sama-
6.
Mesyuarat Penuh Majlis
26.3.2010(Jumaat)
8.30 pagi
-sama-


2) Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Bagi Penggal 2010-2011 akan diadakan pada 18 Januari 2010 dan disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Peter Nyarok Ak. Entrie iaitu Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang dan Koperasi).

Majlis Merarau bersempena dengan Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis pada 18 Januari 2010 diadakan di Dewan Masyarakat Saratok.



SENARAI PROJEK-PROJEK
TAKWIM MESYUARAT
AGENSI KERAJAAN
E-BORANG
HOTEL-HOTEL