Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 20 Okt 2017
Versi 8.0.2c
Perutusan Pengerusi MajlisPerutusan Pengerusi Majlis
Mesej pengerusi

Bagi pihak Majlis Daerah Saratok (MDS), saya berasa bangga dan terharu di atas pelaksanaan dan pelancaran Laman Web Rasmi MDS ini. Melalui Laman Web ini, MDS berhasrat untuk mengeratkan lagi hubungannya dengan segenap masyarakat Millennium seluruh Malaysia. Tumpuan khas adalah kepada pelanggan- pelanggan luar yang memiliki kemudahan perhubungan Internet yang memerlukan perkhidmatan mengenai apajua perkara dan diharapkan mereka akan lebih mengetahui dan memahami organisasi ini termasuk keperluan-keperluan berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan.

Pelaksanaan dan pelancaran laman web ini berupa usaha gigih pertama dalam arena pengunaan ICT oleh kakitangan Majlis ini. Atas usaha ini, saya ingin merakamkan syabas dan penghargaan saya kepada mereka yang telah menyumbang kepada tugas yang mencabar ini. Laman web yang baru sahaja dibina sudah pasti akan mengalami berbagai kekurangan dari aspek isi-kandungan dan daya penarikannya. Namun, MDS akan terus berusaha untuk mempertingkatkan mutu laman web ini dari semasa ke semasa.

Dengan adanya Laman Web ini, MDS telah menghasilkan rangkaian di dalam Internet untuk membolehkannya sentiasa berhubungan dengan pelanggannya, termasuk masyarakat global. Hubungan ini diharapkan dapat menyumbang kepada peningkatan kefahaman dan penghargaan budaya dan tradisi di kalangan masyarakat dunia global.

Melalui laman web ini MDS berupaya mendampingi anda semua tanpa mengira masa dan lokasi anda berada. Cadangan, maklumbalas serta teguran anda amat dialu-alukan agar untuk mempertingkatkan mutu Laman web ini, demi peningkatan kualiti perkhidmatan Majlis kepada pelanggannya.

Terima kasih.


Encik Mohd Ikhmal Abdullah
Pengerusi
Majlis Daerah Saratok