Bagi
pihak Majlis Daerah Saratok (MDS), saya berasa bangga dan
terharu di atas pelaksanaan dan pelancaran Laman Web Rasmi
MDS ini. Melalui Laman Web ini, MDS berhasrat untuk mengeratkan
lagi hubungannya dengan segenap masyarakat Millennium seluruh
Malaysia. Tumpuan khas adalah kepada pelanggan- pelanggan
luar yang memiliki kemudahan perhubungan Internet yang memerlukan
perkhidmatan mengenai apajua perkara dan diharapkan mereka
akan lebih mengetahui dan memahami organisasi ini termasuk
keperluan-keperluan berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan.
Pelaksanaan
dan pelancaran laman web ini berupa usaha gigih pertama dalam
arena pengunaan ICT oleh kakitangan Majlis ini. Atas usaha
ini, saya ingin merakamkan syabas dan penghargaan saya kepada
mereka yang telah menyumbang kepada tugas yang mencabar ini.
Laman web yang baru sahaja dibina sudah pasti akan mengalami
berbagai kekurangan dari aspek isi-kandungan dan daya penarikannya.
Namun, MDS akan terus berusaha untuk mempertingkatkan mutu
laman web ini dari semasa ke semasa.
Dengan
adanya Laman Web ini, MDS telah menghasilkan rangkaian di
dalam Internet untuk membolehkannya sentiasa berhubungan dengan
pelanggannya, termasuk masyarakat global. Hubungan ini diharapkan
dapat menyumbang kepada peningkatan kefahaman dan penghargaan
budaya dan tradisi di kalangan masyarakat dunia global.
Melalui
laman web ini MDS berupaya mendampingi anda semua tanpa mengira
masa dan lokasi anda berada. Cadangan, maklumbalas serta teguran
anda amat dialu-alukan agar untuk mempertingkatkan mutu Laman
web ini, demi peningkatan kualiti perkhidmatan Majlis kepada
pelanggannya.
Terima
kasih.
Encik Daniel Supit
Pengerusi
Majlis Daerah Saratok
|