sektor pertanian Dan perladangan

 

Pertumbuhan Daerah Saratok ke arah daerah yang lebih pesat membangun bergantung kepada sektor pertanian dan perladangan. Pelbagai agensi yang terlibat dalam sektor tersebut adalah seperti Jabatan Pertanian, Pertubuhan Peladang, FAMA, IADA, SALCRA, FELCRA dan juga agensi swasta.

Tanaman utama yang diusahakan adalah seperti getah, sagu, lada dan padi. Jumlah kawasan pertanian di Daerah Saratok meliputi keluasan 32,072 hektar dan diusahakan oleh keluarga petani dan peladang.

Jadual 5: Gunatanah Untuk Pertanian

No. Jenis Tanaman Keluasan (Hektar)

1

Lada 578
2 Kelapa 1,994
3 Koko 5
4 Sago 3,015
5 Padi 3,990
6 Getah 11,981
7 Kelapa Sawit 7,612 Jabatan Pertanian
1,482 FELCRA
1,000 MPOB / PORIM
6,415 SALCRA
  Jumlah 32,072

Sumber: Jabatan Pertanian, Tahun 2004

Jadual 6: Binatang-Binatang Ternakan Utama

No. Jenis Ternakan
Bilangan
1 Lembu
1,293
2 Kerbau
4
3 Kambing
390
4 Biri-Biri
171
5 Rusa/Kijang
8
6 Khinzir
8,400
7 Ayam
62,780
8 Itik
500
  JUMLAH
75,550

Sumber: Jabatan Pertanian Betong, Mar 2005

Jadual 7: Perikanan Dalam Kolam

No. Jenis
Keluasan (Hektar)
1 Kolam Air Tawar
5.9
2 Kolam Air Masin
0.9
3 Kolam Udang
3.42
  JUMLAH
10.22

Sumber: Jabatan Pertanian Betong, 2005