|
PIAGAM
PELANGGAN BAHAGIAN PENTADBIRAN
- Semua
akan dilayan dengan senyum, mesra, bersopan santun dan adil.
- Aduan
akan diambil kira sekiranya berkaitan dengan urusan Majlis dalam
masa dua (2) minggu dengan syarat Jabatan lain yang terlibat bersama
mengambil tindakan terhadap pakara yang diadukan.
- Permohonan
berikut dapat diluluskan dalam ternpoh satu (1) hari
(a) Permohonan Lesen Hiburan Sementara
(b) Tempahan mengguna Bilik Mesyuarat Majlis
(c) Tempahan mengguna Padang Majlis
PIAGAM
PELANGGAN BAHAGIAN PERBENDAHARAAN
- Perkhidmatan
Kaunter untuk pembayaran Cukai Rumah dan Pelbagai Lesen Majlis
dibuka pada: Hari
Isnin Hingga Hari Khamis :
Jam 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Jam 2 00 petang - 3.00 petang Hari
Jumaat :
Jam 8.00 pagi - 11.40 pagi
Jam 2.30 petang - 3.30 petang
- Semua
Bil - Bil untuk Pembayaran yang dihantar ke Bahagian Perbendaharaan
akan diproses segera dan dibayar dalam tempoh masa 14 (empat belas)
hari.
PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN
PENCUKAIAN/ PENILAIAN
- Berusaha
untuk memberikan layanan mesra dan sedia membantu.
- Setiap
aduan yang diterima akan diberi layanan dan jawapan dalam masa
tujuh (7) hari.40
- Menjamin
bil-bil taksiran sampai kepada pembayar-pembayar Cukai sebelum
tarikh akhir pembayaran
- Menberi
pertimbangan yang saksama dan adil di dalam membuat penilaian
untuk mana-mana pegangan bercukai
- Memberi
pertimbangan yang saksama dan adil dalam mana-mana permohonan
bagi kes-kes remisi atau pun rebat
- Memberi
peluang kepada pembayar cukai membuat bantahan dan rayuan
PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN
PERPUSTAKAAN AWAM
- Memberi
perkhidmatan yang cemerlang, cekap, cepat dan mesra.
- Sentiasa
berusaha membantu pengguna perpustakaan mengesan bahan-bahan bacaan
dan maklumat
- Pendaftaran
Ahli yang baru dipastikan mendapat layanan segera
- Memastikan
semua buku-buku baru diproseskan segera
- Menjamin
persekitaran membaca yang selesa dan harmoni
PIAGAM PELANGGAN
BAHAGIAN KERJA RAYA
- Memproses
dan meluluskan pelan bangunan dalam tempoh satu (1) hingga empat
(4) bulan dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen-dokumen
yang lengkap dan diluluskan oleb jabatan-jabatan yang berhubungkait.
- Mengeluarkan
Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (Occupation Permit) dalam tempoh
dua (2) minggu setelah maklumat tentang bangunan siap diterima
berdasarkan laporan (findings) pemeriksaan.
- Aduan
kerosakan jalanraya di bawah bidangkuasa Majlis Daerah Saratok
akan diambil tindakan dengan seberapa segera dan dibaikpulih dalam
masa dua (2) minggu.
- Keindahan
dan kebersihan bandar, tempat rekreasi dan tempat-tempat awam
sentiasa diawasi dari semasa ke semasa.
- Pemotongan
rumput-rumpai di tepi jalanraya, kawasan lapang dan kawasan perumahan
yang dibawah bidangkuasa Majlis Daerah Saratok dilakukan sekali
dalam sebulan.
PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN
KESIHATAN AWAM
- Pengurusan
Sisa Pepejal
a. Kawasan Komersial - sekali sehari
b. Kawasan perumahan dan lain-lain - selang sehari
- Pembersihan
Longkang
a. Kedai - sekali sehari
b. Longkang awam - sekali sebulan
- Pemeriksaan
premis-premis yang dilesenkan oleh Majlis - sekurang-kurangnya
dua kali setahun bagi memastikan keadaan sesuai dan bersih.
- Setiap
kes denggi yang dilaporkan diambil tindakan kawalan dalam masa
24 (dua puluh empat) jam.
- Segala
pemohonan dan pembaharuan lesen akan disiasat, diperiksa dan dilaporkan.
Laporan kesihatan dikeluarkan dalam masa satu minggu.
- Aduan
gangguan anjing di kawasan pekan akan diambil tindakan dalam tempoh
tiga (3) hari
- Memastikan
semua tandas awam Majils berada dalam keadaan bersih dan selesa.
- Segala
aduan mengenai pembentongan di Pekan Saratok disiasat dan diatasi
dalam tempoh 24 (dua puluh empat) jam.
- Semua
aduan kesihatan am dalam bidang kuasa Majlis akan disiasat serta
diambil tindakan dalam masa satu minggu.
- Menjalankan
kerja-kerja menyapu sampah di lorong-lorong dan tempat awam sekurang-kurangnya
sekali sehari.
PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN
PENGUATKUASA
- Menguatkuasa
undang-undang dengan cekap dan amanah
- Memmastikan
tindakan diambil adalah wajar dan sah disisi undang-undang
- Semua
aduan dan kesalahan di bawah undang-undang disiasat dalam masa
tiga (3) hari.
|